Creamy Puffs


Jumaat, 3 Ogos 2012 | 0 comment(s)
Hidup ni macam-macam yang pernah terjadi. Kadang-kadang memang la susah untuk kita terima. Tapi nak buat macam mana, terima keadaan dengan terpaksa je yang mampu. Hidup ni macam-macam ada, ada yang sedih, gembira, sakit hati and macam-macam lagi. Tapi orang tengok diri kita dengan kegembiraan bukan dengan kesedihan. Kesedihan hanya muncul dalam hati yang sangat dalam. Dan orang lain tak dapat nak rasa kesedihan tersebut. Itu la manusia, berkata-kata hanya dapat membantu untuk diri mereka. 

   Hehe, kadang-kadang memang kelakar hidup ni dengan apa yang berlaku. Tak tahu kenapa kelakar. Kata kawan aku, sebab kita tak dapat nak terima kenyataan. Hahaha. Memang lawak. Apa yang terjadi selama ni, semua dari hati kita. Itu menyebabkan kesedihan berlaku. Aik! Jiwang pulak dah. Hehehe. Semua orang hatinya lembut biar pun seganas mana dia, keras mana hati dia tapi dia tetap lembut. 

   Perasaan marah? Ye, semua orang ada perasaan marah. Antara depa boleh kawal ataupun tidak. Itu yang penting. Tapi kadang-kadang salah sorang kena mengalah sebab tak nak benda tu berlaku lagi teruk. Kalau sama-sama nak marah, apa-apa pun tak selesai. Eeee. Hidup ni tak ada siapa yang sempurna. Setiap orang mesti ada kesalahannya terhadap orang lain. Manusia semua nak cari kesalahan orang tapi kesalahan sendiri, depa tak nak cari.

   Kita manusia berkata-kata je pandai. Bila melakukan sesuatu, itu yang paling susah untuk diri kita. Kita boleh cuba selagi mana yang boleh untuk diri kita sendiri :) Maaf jika apa yang aku katakan ini salah ^^ Selagi mana aku boleh sayang, Selagi aku tak lupa semua orang, selagi tu aku akan bertahan untuk selamanya walaupun sebagai kawan :s LOVE YOU  ♥ 






Older Post